? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?
Semoga blog ini menjadikan kita warganegara yang patriotik dan sayangkan negara tercinta iaitu MALAYSIA khususnya calon stpm dan peminat sejarah GAMBATTE KU DASAI JA NE SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR BATIN


Sunday, July 19, 2009

Pengisytiharan Darurat telah meninggalkan pelbagai kesan sosio-politik terhadap Tanah Melayu antara tahun 1948 hingga 1960.



Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, parti-parti politik mula ditubuhkan .
Pentadbiran Tentera Inggeris gagal memulihkan sosio-ekonomi rakyat yang menderita akibat kekejaman Jepun.PKM mengambil kesempatan untuk menguasai politik Tanah Melayu tetapi gagal, lalu bergerak secara militant.1948 PKM melancarkan revolusi bersenjata bagi menggulingkan pemerintahan Inggeris dan menubuhkan Republik Tanah Melayu.
Keganasan PKM memaksa Inggeris mengisytiharkan darurat untuk mematahkan pemberontakan komunis di Tanah Melayu.



1. KESAN POLITIK

Pengharaman PKM mengakibatkan sesiapa yang disyaki terlibat dalam kegiatan komunis di tangkap dan dipenjarakan tanpa pembicaraan
Pergerakan kesatuan Sekerja dikawal rapi supaya tidak mengadakan pakatan sulit dengan PKM dan bersubahat untuk mengadakan permogokan.
Inggeris bertindak keras terhadap parti politik berhaluan kiri yang terpengaruh dengan idea PKM.
Pemimpin politik berhaluan kiri diberkas dan dipenjarakan, pertubuhan mereka dibubarkan. Hanya parti politik sederhana dan pro-Inggeris dibenarkan bergerak seperti UMNO,MCA,MIC dan Parti Negara.
Kerajaan Inggeris mula mengambil langkah supaya Tanah Melayu mencapai status berkerajaan sendiri.
Pilihanraya diadakan di George Town (Disember 1951 ) dan Kuala Lumpur 1952.

2. KESAN SOSIAL

Rakyat mengalami tekanan hidup akibat kehilangan kebebasan bergerak kerana dikenakan perintah berkurung terutamanya kawasan yang masih terdapat ancaman komunis.
Kegiatan ekonomi terjejas dan pengeluaran hasil bumi terbantut akibat daripada orang ramai tidak mempunyai kebebasan untuk keluar mencari nafkah.
Dasar Bumi Hangus melumpuhkan ekonomi negara .
Sistem pengangkutan darat dihentikan akibat sekatan jalan raya di kawasan yang menjadi sarang komunis.
Keganasan komunis telah melumpuhkan rancangan kerajaan untuk memulihkan ekonomi negara.
Rakyat mengalami penderitaan dan kepahitan hidup – terpaksa mematuhi banyak peraturan keselamatan seperti arahan mewajibkan rakyat mendaftar dan mempunyai kad pengenalan.



Serangan Komunis keatas Balai polis Bukit Kepong

Keganasan komunis telah melumpuhkan rancangan kerajaan untuk memulihkan ekonomi negara.
Rakyat mengalami penderitaan dan kepahitan hidup – terpaksa mematuhi banyak peraturan keselamatan seperti arahan mewajibkan rakyat mendaftar dan mempunyai kad pengenalan.
Timbul masalah perkauman – peperangan menentang komunis dianggap sebagai peperangan orang Melayu dengan Cina kerana sebilangan besar ahli PKM terdiri daripada orang Cina sementara orang Melayu berkhidmat dalam pasukan bersenjata kerajaan.
Kerajaan mula memberi layanan terhadap beberapa tuntutan orang Cina terutama soal kerakyatan – bertujuan menarik mereka pro-kerajaan
Syarat kewarganegaraan dilonggarkan - kesannya 307,000 orang Cina diluluskan permohonan untuk menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu. Antara 1952 -1957 1.2 juta orang Cina mendapat kerakyatan.

Darurat jelas menyebabkan berlakunya banyak nyawa terkorban dan harta benda musnah akibat pengisytiharan darurat termasuklah pegawai Tinggi Inggeris Sir Henry Gurney.
Kerajaan menghabiskan sejumlah besar wang untuk membenteras kegiatan komunis contoh; antara 1948 -1955 kerajaan mengeluarkan $150 juta untuk menumpaskan pergerakan komunis.Pengenalan rancangan Briggs untuk mewujudkan kampung baru, penempatan semula setinggan menyebabkan kemudahan asas disalurkan ke kawasan tersebut. Ini menyebabkan orang Melayu yang banyak membantu kerajaan Inggeris melahirkan rasa tidak puas hati lalu menuntut pemulihan ekonomi.

Tawaran rundingan dengan PKM oleh Tunku Abdul Rahman di Baling menemui kegagalan.
PKM meneruskan perang gerila bagi membentuk sebuah republic komunis .
Pada masa yang sama kerajaan terus meningkatkan usaha membenteras pemberontakan komunis.Kegiatan komunis mulai merosot – darurat diisytiharkan tamat di seluruh negara pada 1960

Saturday, July 18, 2009

British telah memperkenalkan pembaharuan politik dan ekonomi di Tanah Melayu pada tahun 1874 – 1930



GAMBAR DI ATAS MENUNJUKKAN PETA PULAU PANGKOR HARI INI

Pengenalan:

Campurtangan British di NNM bermula dengan termetrainya Perjanjian Pangkor 1874. Pihak British menjalankan pembaharuan yang bertentangan dengan nilai-nilai tradisi dan adapt tempatan. Oleh itu terdapat penentangan akibat rasa tidak puas hati rakyat antaranya penentangan di Perak 1875, Kebangkitan Pahang 1891-95, Kebangkitan Tok Janggut 1815 dan Kebangkitan Abdul Rahman Limbong 1922-28.



PERJANJIAN PANGKOR 1874

- British memperkenalkan Sistem Residen atau Penasihat- kedudukan Sultan dan pembesar masih dikekalkan tetapi mesti menerima nasihat Residen dalam semua hal kecuali Agama Islam dan adat istiadat Melayu.
- Satu pembaharuan penting ialah system pungutan cukai secara berpusat yang dikelolakan oleh pegawai Eropah – bercanggah dengan tradisi dan adat tempatan – menafikan hak Sultan dan pembesar ,sebagai contoh perubahan yang dilakukan oleh Birch di Perak menjejaskan kedudukan Sultan Abdullah dan pembesar-pembesar, sesiapa yang memungut cukai akan didenda – pendapatan pembesar terjejas.



GAMBAR SIR ANDREW CLARKE


- Di Pahang misalnya kekuasaan tradisi Dato’ Bahaman tergugat apabila beliau pernah diberi amaran kerana memungut cukai di kawasan Semantan.
- Beliau diberi elaun tahunan sebanyak $840.00 yang lebih rendah daripada pendapatan asal dan beliau meminta elaun ini dinaikkan ,permintaannya ditolak.
- Pengenalan berbagai-bagai jenis cukai juga membebankan rakyat. Contoh di Pasir Puteh, Kelantan semua tanah dikenakan cukai termasuk cukai sirih sebanyak 5 sen sejunjung, lembu kerbau 20 sen seekor setahun. Undang-undang Hasil Padi 1905 juga membenankan rakyat.



DIORAMA SUASANA PERJANJIAN PANGKOR

- Di Perak ,cukai perahu diperkenalkan , di Terengganu 1920 pas kerajaan atau surat kebenaran membuka tanah diperkenalkan.
- Dari segi pentadbiran pula, Sultan langsung tidak dibenarkan mengambil bahagian aktif dalam kerajaan.Sebelum 1874 Sultan mengeluarkan surat tauliah pelantikan pembesar, tetapi selepas 1874 fungsi ini tiada lagi.



GAMBAR RAJA ABDULLAH

- Selain dari itu pembesar daerah tidak lagi berkuasa menjalankan perbicaraan dan tidak dibenarkan menyimpan hamba serta mengerah tenaga rakyat untuk kepentingan peribadi. Ini menunjukkan campurtangan British dalam adat resam masyarakat tempatan. Contohnya campurtangan Birch dalam adat perhambaan. apabila beliau menamatkan amalan perhambaan tanpa memberi gantirugi kepada pembesar.


- Kuasa pembesar-pembesar dearah diambilalih oleh Pegawai Daerah seperti dalam hal ehwal kutipan hasil, pentadbiran kehakiman, penempatan tanah,amalan ke atas penghulu dan pengawasan kegiatan jabatan kerajaan. Walaupun dikekalkan tetapi mereka tidak mempunyai sebarang kewibawaan dan hanya digelar Majistret Tempatan.




- Di Pahang, Residen J.P Rodger membahagikan Pahang kepada beberapa dearah ataupun jajahan di bawah pentabiran hakim dan pemungut hasil. Contoh, Pekan di bawah pentabiran F. Belfield, Kuantan di bawah pentabiran A.H. Wallm dan Temerloh di bawah pentadbiran E.A. Wise. Pembahagian ini menjadikan peranan, kedudukan dan kewibawaan tradisi pembesar dearah tergugat.

- Hakim dan majistret British mengambilalih peranan sultan dan pembesar dalam mengadili kes-kes jenayah dan sivil di daerah mereka. Sistem kehakiman digubal berdasarkan undang--undang jenayah British dengan keputusan muktamad terletak di tangan majistret dan residen.
- Sultan dan pembesar dearah dilarang menjalankan sistem kerah bagi urusan peribadi.


Kesimpulan:


Boleh dikatakan bahawa pembaharuan-pembaharuan yang dilaksanakan oleh British jelas menimbulkan perasaan tidak puas hati masyarakat tempatan. Pembaharuan ini melemahkan sistem pentadbiran masyarakat Melayu tradisional. Kedudukan British terlalu berpengaruh dalam urusan pentabdiran sehingga kuasa raja-raja dan pembesar-pembesar Melayu semakin lemah dan nilai-nilai tradisi serta adat masyarakat peribumi tergugat.

Friday, July 17, 2009

Langkah-Langkah Pembentukan Malaysia



Langkah-Langkah Pembentukan Malaysia

1.Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum
a.Ditubuhkan di Singapura pada Julai 1961
b.Dipengerusikan oleh Donald Stephens.
c.FUNGSI :
i. Berperanan menerangkan kepada orang ramai tentang gagasan Malaysia.
ii.Mengumpulkan pandangan penduduk
d.Menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan Malaysia
e.Februari 1962 – ahlinya bersepakat mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold.

2. Suruhanjaya Cobbold
Terdiri daripada 3 orang pegawai British iaitu
i.Lord Cobbold
ii.Sir Anthony Abell
ii.Sir David Watherston

2 orang rakyat tempatan:
i.Dato’ Wong Pow Nee
ii.Tan Sri Ghazali Shafie




Meninjau pendapat penduduk Sabah / Sarawak
Laporan Suruhanjaya Cobbold
1/3 penduduk Sabah & Sarawak menyokong gagasan Malaysia tanpa syarat
1/3 menyokong dengan syarat kepentingan mereka dilindungi
1/3 menginginkan kemerdekaan sebelum menyertai Malaysia

Cadangan Suruhanjaya Cobbold
i.Perlembagaan Malaysia yang baru berasaskan PTM1957.
ii.Sabah Dan Sarawak diber kuasa menentukan dasar imigresennya.
iii.B.Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
iv.Jaminan hak kaum bumiputera Sabah dan Sarawak.
v.Pemberian nama “Malaysia”
vi.Penentuan tarikh penubuhan Malaysia.

3.Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)
a. mula Ogos 1962
b. Terdiri daripada wakil T,Melayu, Sabah, Sarawak dan Britain.
c. Dipengerusikan oleh Lord Landsdowne, dibantu oleh Tun Abdul Razak.
d. Hasil kerjasama kerajaan PTM dan Parti Perikatan, Malaysia telah ditubuhkan pada 16 September 1963




Gambar Anak Malaysia

REAKSI TERHADAP PEMBENTUKAN MALAYSIA



REAKSI LUAR NEGERI

1. INDONESIA
a. Berpendapat pembentukan Malaysia sebagai satu bentuk “neokolonialisme” yang
mengancam Indonesia
b. Dasar Konfrontasi diisytiharkan (20 Jan 1963) dengan slogan “GANYANG MALAYSIA”
Berakhir apabila Jeneral Soeharto merampas kuasa pada September 196
c. Ogos 1966, Konfrontasi Indonesia berakhir




GAMBAR AKU ANAK MALAYSIA

2. FILIPINA




a. Presiden Macapagal menuntut Sabah secara rasmi pada Jun 1962
b. Beranggapan Sabah sebahagian Kesultanan Sulu
c. 1946, SBUB menyerahkan Sabah kepada British.
d. Jun 1966, Filipina mengiktiraf penubuhan Malaysia melalui MAPHILINDO

REAKSI TERHADAP PEMBENTUKAN MALAYSIA


Reaksi Dalam Negeri
1. Persekutuan Tanah Melayu
a.Rakyat Persekutuan Tanah Melayu menyambut baik cadangan pembentukan Malaysia.
b.Menganggap ini satu usaha murni membantu dan memimpin negara-negara anggota.
c.UMNO bersetuju tetapi menolak penyertaan Singapura
d.PAS dan Barisan Sosialis mencadangkan agar idea ini dirunding dahulu.

2. Singapura
a. Mendapat sokongan Lee Kuan Yew dan partinya PAP.
b. Bimbang dengan pengaruh parti berhaluan kiri yang kuat.
c. Disember 1961 – Majlis Undangan N.Singapura luluskan usul ini.
d Mendapat tentangan Barisan Sosialis.

3.Sabah dan Sarawak
a. Parti Negara Sarawak (PANAS) parti pertama di Borneo yang menyokong penubuhan M’sia
b. Parti-parti lain yang menyokong:SNAP, BERJASA, SCA, PESAKA (Parti Perikatan Sarawak)
c. Di Sabah, Parti Perikatan Sabah (UNKO, USNO, Parti Pasok Momugan, Parti Bersatu dan Parti Demokratik) menyokong pembentukan Malaysia

4. Brunei
a. Sultan Omar Ali Saifuddin menyokong gagasan penubuhan Malaysia.
b. Parti Rakyat Brunei pimpinan A.M.Azahari menentang gagasan ini.
Anggap gagasan ini sebagai “neokolonialisme”
c. Mendapat bantuan Filipina dan Indonesia menentang gagasan Malaysia (Pemberontakan Brunei) tetapi dapat dipatahkan oleh tentera British.

Monday, July 6, 2009

usaha-usaha yang diambil oleh kerajaan Tanah Melayu untuk mengatasi masalah darurat




Pengenalan
- 1948-1960 berlaku pemberontakan bersenjata PKM.
- Komunis telah membunuh 3 orang Eropah berhampiran Sungai Siput pada 16 Jun 1948.
- Sir Edward Gent mengisytiharkan darurat di Perak dan Johor pada 16 Jun 1948. 17 Jun 1948 seluruh T.Melayu di isytiharkan darurat.
- 23 Julai 1948 PKM diharamkan secara rasmi
- Kerajaan melancarkan beberapa langkah menentang komunis



Isi-isi penting



A. Usaha-usaha Kerajaan
1. Perisytiharan darurat 1948
- Untuk memberi kuasa luas kepada kerajaan untuk menangkap sesiapa yang disyaki terlibat dalam kegiatan subversive tanpa bicara.
- Langkah ini mempunyai kepentingan tersendiri kerana ramai ahli PKM dapat ditangkap serta merta.
- Peraturan perintah berkurung juga menghadkan pergerakan ahli PKM.
- Sekatan jalan raya.
- Memudahkan kerajaan menyekat dan mengawal pergerakan mereka
- Catuan makanan dapat mengelakkan bekalan makanan dan ubat ubatan jatuh ke tangan PKM.




- Keadaan ini menyababkan komunis sukar mendapat bekalan makanan /ubatan ,mengawal atau menyekat kesatuan sekerja.
- PKM menghasut kesatuan sekerja untuk melancarkan mogok di seluruh negara



2. Rancangan Briggs
Kampung baru
- Untuk menyekat bekalan makanan jatuh ke tangan min yuen
- Penempatan semula setinggan cina ke kampong-kampung baru
- Kampu ng-kampung dikawal bertujuan untuk memberi perlindungan daripada ancaman PKM menyebabkan hubungan Min Yuen dengan PKM terputus telah memaksa komunis keluar




Gerakan kelaparan
- Mengawal bekalan makanan daripada sampai ke tangan komunis
- Komunis mengalami kesukaran mendapatkan bekalan makanan

Penubuhan Jawatankuasa Kerja Perang.
- Meliputi peringkat negeri dan daerah.
- Bagi mewujudkan persefahaman yang erat antara kerajaan negeri dan persekutuan bagi menangani ancaman komunis.
- Langkah membanteras lebih berkesan.




3. Rancangan Templer
Ketenteraan
- Menaikkan semangat dan kekuatan ketenteraan
- Menambah kekuatan pasukan tentera dari 13 batolion askar British, gurkha, dan Melayu kepada 23 batolion termasuk dari Negara Komanwel.
- Penubuhan Home Guard
- Penambahan anggota polis dan mata-mata khas
- Langkah ini paling agresif melemahkan pasukan komunis




Pengenalan kawasan putih
- Merupakan kawasan bebas komunis
- Penguatkuasaan peraturan darurat dilonggarkan
- Menggalakkan tempat-tempat lain mengikut langkah ini
- Penduduk member sokongan kuat untuk memastikan kawasan mereka menjadi kawasan putih. Kawasan komunis masih aktif dianggap kawasan hitam dan dikenakan pelbagai sekatan.
- Langkah ini penting kerana maklumat yang diberikan penduduk memudahkan komunis ditangkap
- Kawasan putih pertama ialah di Melaka
Perang Psikologi
- Melonggarkan syarat kewarganegaraan
- Pemberian hadiah wang kepada yang Berjaya menangkap Chin Peng.
- Tawaran pengampunan beramai-ramai
- Membangunkan sosio ekonomi penduduk
- Menggalakkan perkembangan politik pelbagai kaum
- Pilihan raya majlis tempatan
- Kerajaan British membayangkan untuk memberi kemerdekaan
- Kempen bulan penduduk menentang komunis




4. Penggunaan Kad Pengenalan
- Kerajaan British mewajibkan setiap penduduk Tanah Melayu yang berumur 12 tahun ke atas supaya membuat kad pengenalan diri. Pelaksanaan sistem kad pengenalan telah memudahkan pasukan keselamatan mengenalpasti antara komunis dan bukan komunis.




B. Kesan-kesan
1. Kesan ekonomi
- Ekonomi di Tanah Melayu terjejas
- Sejumlah wang yang besar telah diperuntukkan untuk mewujudkan kampong baru
- Perintah berkurung menyebabkan urusan perdagangan tergendala dan pelabur-pelabur tidak berani melabur di tanah Melayu.
- Tindakan komunis mensabotaj kemudahan awam menyumbang kepada masalah kewangan British.



2. Kesan sosial
- Penderitaan rakyat- sering diganggu komunis, hidup dalam ketakutan, sering disiksa kerana undang-undang darurat menyebabkan ramai yang tidak bersalah ditangkap.
- Masalah perkauman-pasukan tentera yang dibentuk oleh kerajaan terdiri daripada orang Melayu.
- Pindaan syarat kewarganegaraan
- Pembentukan jawatankuasa perhubungan kaum bertujuan mengurangkan perselisihan kaum dan memelihara kerjasama antara kaum.
- Kekurangan makanan
- Wabak penyakit




3. Kesan politik
- Menggalakkan perkembangan politik pelbagai kaum
- Pilihan raya diadakan
- Kerajaan British membayangkan untuk memberi kemerdekaan
- PKM dan parti-parti radikal diharamkan




Kesimpulan - Langkah-langkah kerajaan mendorong rakyat menyokong kerajaan
- Pihak kerajaan Berjaya menghapuskan pemberontakan komunis
- Darurat telah diisytiharkan tamat secara rasmi pada 1960