? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?
Semoga blog ini menjadikan kita warganegara yang patriotik dan sayangkan negara tercinta iaitu MALAYSIA khususnya calon stpm dan peminat sejarah GAMBATTE KU DASAI JA NE SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR BATIN


Wednesday, April 22, 2009

KUASA RAJA-RAJA MELAYU DIPERKUKUH SEBAGAI KUASA YANG TERTINGGI DALAM SISTEM POLITIK MELAYU SEBELUM KEDATANGAN KUASA BARAT.



Dalam hierarki masyarakat Melayu yang berbentuk pyramid, raja merupakan golongan yang menduduki hierarki yang teratas. Ketinggian darjat raja dalam masyarakat telah memberikan mereka kuasa pemerintahan yang tertinggi. Kekukuhan kuasa raja tidak dapat dipertikaikan oleh pembesar mahu pun rakyat jelata.

Peranan raja sebelum kedatangan Barat.

Ketua Negeri

-Sebelum kedatangan Barat, raja dianggap sebagai ketua negeri yang tertinggi, berdaulat, dan harus dihormati. Baginda dianggap sebagai lambang perpaduan sesebuah negeri. Raja dianggap mempunyai satu kuasa sakti yang bertujuan untuk mengagung – agungkan seseorang raja. Rakyat yang melanggar perintah raja akan mendapat tulah atau kemalangan. Rakyat menaruh kepercayaan kuat kepada raja kerana percaya kepada fahaman bahawa raja adalah wakil Allah di bumi. Ini bererti segala titah raja tidak boleh disanggah kerana segala urusan pentadbiran raja bererti adalah perintah Allah, jika disanggah bererti melanggar perintah Allah. Tugas raja banyak tertumpu kepada aspek agama Islam dan adat Istiadat melayu.




Kuasa Politik

-Kuasa politk raja banyak dilaksanakan oleh pembesar. Oleh itu perlantikan pembesar adalah dibawah kuasa raja. Pembesar bertanggungjawab menjalankan pentadbiran di sesebuah kawasan yang telah dikurniakan oleh raja. Raja mendapat sokongan daripada pembesar dalam menentukan kedudukannya sebagai raja, contohnya perlantikan Sultan Perak banyak bergantung kepada sokongan Pembesar pada mnasa itu. Diantara tugas – tugas ialah:-

a. Raja mempunyai kuasa politik pusat ke atas kawasan yang ditadbir oleh raja contohnya di muara-muara sungai di bahagian yang terhad.

b. Baginda memainkan peranan dalam bidang kehakiman sebagai ketua hakim bagi mengadili sebarang perbicaraan yang memerlukan keputusan raja.

c. Raja mempunyai kuasa memungut cukai ke atas kawasannya contohnya cukai bijih timah. Sultan Abdul Samad menerima cukai hasil dari Kelang daripada Raja Mahadi.

d. Raja bertanggungjawab untuk mengawal keamanan dan kemakmuran negeri.



Keistimewaan Raja

-Kedudukan raja diperkukuhkan lagi dengan hak istimewa yang membezakan raja dan orang kebanyakkan raja memiliki alat kebesaran untuk membuktikan kekuasaannya , contohnya cop mohor, keris, payung, ceper, tombak dan kendi untuk membuktikan kedaulatan kerajaannya. Raja juga mempunyai keistimewaan dalam penggunaan arna tertentu, bahasa istana dan muzik khas raja seperti nobat.

Kesimpulan

Setelah sistem residen diperkenalkan, termeterainya perjanjian Pangkor pada tahun 1874 dankuasa raja mulai berkurangan. Kuasa raja hanya terhad kepada hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu. Pada dasarnya tugas residen adalah untuk menasihati Sultan tetapi sebenarnya telah menguasai seluruh kuasa pentadbiran negeri dan pungutan cukai di mana sebelum ini dilaksanakan oleh raja.

Saturday, April 11, 2009

ADAT TEMENGGUNG DAN ADAT PERPATIH



* major reference ( in adat (Malayan and Indonesian traditional law) )

...kinds of Malay adat law developed prior to the 15th century: Adat Perpateh developed in a matrilineal kinship structure in areas occupied by the Minangkabau people in Sumatra and Negeri Sembilan; Adat Temenggong originated in bilaterally based territorial social units. Both adat forms were markedly transformed by Islāmic and later European ...

Pengenalan

Adat secara umumnya merupakan kebiasaan yang diamalkan oleh satu-satu masyarakat dan sesiapa yang keluar daripada norma tersebut akan dianggap sebagai melanggar adat. Kebanyakan aspek peradatan ini adalh diwarisi secara turun-temurun. Di Tanah Melayu, sebenarnya tidak banyak bezanya. Apa yang jelas dilihat hanya dua sistem iaitu Adat Perpatih dan Adat Temenggung. Selain itu, terdapat juga adat-adat khusus lain seperti adat perkahwinan, adat pertabalan raja, adat bersalin dan sebagainya.



Adat Perpatih

Adat Perpatih applies in Negeri Sembilan and Naning in Malacca. The unique characteristic of Adat Perpatih is matrilineal form of organization. It concerns with matters such as land tenure, lineage, inheritance and election of members of lembaga and YDP. Matrilineal is a system in which one belongs to mother's lineage; it generally involves the inheritance of property, names or titles from mother to daughters.

1. Latar belakang

Adat Perpatih diamalkan di Negeri Sembilan dan Naning oleh orang Minangkabau. Adat Perpatih dibawa oleh orang Minangkabau dari Tanah Tinggi Padang, Sumatera ke Negeri Sembilan pada abad ke-17. Adat Perpatih diasaskan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang dari Sumatera dengan nyanyian “Asal Usul Adat Perpatih”. Semua undang-undang Adat Perpatih kecuali undang-undang Sungai Ujong diwarisi secara turun-temurun.

2. Ciri-ciri

a. Lebih mengutamakan golongan perempuan

Adat Perpatih lebih mengutamakan golongan perempuan. Hal ini dapat dilihat dalam soal-soal pembahagian harta benda dan jurai keturunan. Ini bukan bermakna lelaki lebih rendah tarafnya daripada perempuan tetapi mereka lebih suka mengembara atau merantau untuk mencari penghidupan baru yang lebih baik. Maka, golongan wanita mesti dibekalkan dengan harta benda sebagai nafkah. Selain itu, selepas berkahwin, orang lelaki mesti meninggalkan kaumnya dan mengikut kaum isterinya. Walaupun adat ini mengutamakan golongan perempuan, tetapi dari segi pentadbiran, lelaki merupakan pemegang tampuk pemerintah tertinggi seperti jawatan Yamtuan Besar.

b. Undang-undang bersifat pemulihan

Undang-undang tidak disimpan atau dimaktubkan dalam bentuk rekod bertulis tetapi berbentuk bidalan, peribahasa, pantun dan sebagainya. Dari segi sifatnya, undang-undang jenayah adalah lebihbertimbang rasa, berperikemanusiaan dan bersifat pemulihan. Seorang yang membuat kesalahan akan didenda mengikut kesalahannya. Mangsa akan diberi ganti rugi. Contohnya, jika seseorang itu dilukakan dia akan diberi ganti rugi dalam bentuk ayam atau kambing bergantung kepada besarnya luka itu. Adat ini percaya bahawa orang yang melakukan jenayah boleh mengubah perangai mereka.

c. Mempunyai unsur-unsur demokrasi

Adat Perpatih adalah bercorak demokrasi, iaitu orang ramai dilindungi oleh undang-undang dan pemerintah sendiri juga mesti mengikut undang-undang dan tidak boleh berbuat sesuka hati. Dalam bidang pentadbiran, kuasa pemerintah dibahagikan di antara pemerintah, Undang, Lembaga, Buapak dan orang ramai. Ini bermaksud, orang ramai memilih Buapak, Buapak memilih Lembaga, Lembaga memilih Undang dan Undang memilih Yang Dipertuan Besar atau Yamtuan Besar.



Adat Temenggung



Adat Temenggung applies in other states. It is based on the characteristic of patrilineal form of organization. Patrilineal is a system in which one belongs to father's lineage; it generally involves the inheritance of property, names or titles from father to sons.
After the establishment of Law Reform (Marriage and Divorce) Act 1976, the family law has been given enforcement on matters of marriage, divorce and inheritance. As a result, the Chinese and Hindu Customary Laws have lost its effect as an important source of unwritten law in Malaysia.

1. Latar belakang

Adat Temenggung diamalkan di semua negeri-negeri Melayu kecuali Negeri Sembilan. Adat Temenggung disusun oleh Datuk Ketemenggungan, iaitu abang tiri Datuk Perpatih Nan Sebatang di Palembang. Adat ini dibawa masuk ke Melaka pada awal abad ke-15. Dari Melaka, Adat Temenggung disebar ke negeri-negeri Melayu yang lain dengan perkembangan Empayar Melaka.

2. Ciri-ciri

a. Lebih mementingkan lelaki

Adat Temenggung mengiktirafkan lelaki menjadi ketua keluarga. Maka, adat ini dikatakan lebih mementingkan pihak lelaki. Dalam hal perwarisan harta, lelaki yang mewarisi harta iaitu dari ayah kepada anak lelaki. Adat Temenggung juga mengkehendaki seseorang isteri tinggal bersama dengan keluarga suaminya. Selain itu, Adat Temenggung menganggap kedua-dua pihak keluarga sama penting. Perkahwinan di antara dua orang sepupu dibenarkan asalkan kedua-dua orang tua tidak mempunyai pertalian darah.

b. Undang-undang bersifat kekerasan

Sama seperti Adat Perpatih, undang-undang Adat Temenggung berbentuk peribahasa, bidalan dan sebagainya. Tetapi undang-undangnya bersifat kekerasan. Setiap orang yang melakukan kesalahan, dia akan di hokum dengan hukuman berat. Sebagai contoh, seseorang yang membunuh akan dijatuhkan hukuman mati. Mereka percaya bahawa hanya menggunakan kekerasan sahaja dapat mengurangkan niat seseorang untuk melakukan kesalahan.

c. Mempunyai unsur autokratik

Adat Temenggung mengutamakan kedudukan istimewa dan kebesaran pemerintah. Ia bukan sahaja memberi kuasa kepada pemerintah tetapi juga kepada para pembesar. Oleh itu, golongan pemerintah mempunyai kuasa berlebihan. Dengan itu, adat ini dikatakan bersifat autokrasi dimana semua kuasa adalah terletak dalam tangan pemerintah dan pembesar.

Wednesday, April 8, 2009

peranan adat, undang-undang dan peraturan dalam masyarakat Melayu tradisional pada abad ke-19.


YANG DIPERTUAN AGONG
LAMBANG KEDAULATAN BANGSA DAN NEGARA
PENDAHULUAN

Adat menjadi pegangan masyarakat Melayu tradisional.Segala bentuk undang-undang bersumberkan daripada adat.Undang-undang terbahagi kepada tiga jenis iaitu undang-undang bertulis , tidak bertulis dan undang-undang Islam Undang-undang tidak bertulis terbahagi kepada dua iaitu Adat Perpatih dan Adat Temenggung

Undang-undang lisan disebut sebagai hukum adat.Adat ialah peraturan yang diamalkan dalam sesuatu masy. secara turun-temurun sehingga akhirnya berubah menjadi hukum yang harus dipatuhi.Di Tanah Melayu Hukum Adat berdasarkan dua sumber iaitu resam / adat turun-temurun dan hukum syarak (Hukum Islam)

Peranan adat, peraturan dan undang-undang.

1.Menjamin keamanan, keharmonian, kesejahteraan dan keselamatan dalam masyarakat.
2.Mengawal tingkah laku manusia dan mengeratkan persaudaraan.
3.Menentukan hak seseorang dalam masyarakat terutamanya harta warisan terjamin.
4.Menjamin kedudukan raja dan pembesar dan membentuk pemerintahan yang adil dan
saksama.
5.Semua anggota masy mesti mematuhi dan mengamalkan adat. Sesiapa ingkar dikenakan
hukuman.
6.Dijadikan garis panduan untuk melakukan sesuatu perkara
7.Masyarakat sedar batas-batas mereka sebagai rakyat; keamanan dan kesejahteraan
akan terjamin
8.Penting mematuhi undang-undang dan adat dalam kehidupan seharian. Pepatah
Melayu “biar mati anak jangan mati adat”
9.Penting untuk membentuk ikatan erat antara anggota masy. adat dan peraturan
sebagai peraturan hidup bermasyarakat
10.Amalkan konsep gotong-royong dan kerjasama seperti menuai atau merayakan sesuatu
majlis seperti perkahwinan.
11.Anggota masyrakat akan sedar tugas dan tanggungjawab masing-masing; masy. akan
harmoni dan sejahtera.
12.Ikatan erat juga digambar melalui sikap tolong-menolong,bermuafakat dan tolak
ansur seperti amalan masyarakat Minangkabau dalam Ada t Perpatih.
13.Adat juga dapat membentuk keperibadian sesebuah masyarakat dari segi politik,
ekonomi dan sosial.contohnya dalam masyarakat yg amalkan adat perpatih, mereka
lebih mementingkan wanita dalam soal pembahagian harta pusaka dan nasab
keturunan, manakala dalam Adat Temenggung, kaum lelaki diutamakan dalam pelbagai
hal.
14.Untuk menjaga dan mengukuhkan kedudukan golongan pemerintah iaitu raja dan
pembesar.
15.Dengan adanya undan-undang, raja dapat mengukuhkan kedudukannya kerana rakyat
tidak berani mempersoalkan hak-hak keistimewaan raja.
16.Dapat menentukan hak dan tanggungjawab setiap anggota masyarakat.
17.Tanggungjawab dan hak setiap anggota masyarakat tidak boleh dipersoalkan kerana
telah termaktub dalam undang-undang dan adat.
18.Dalam Adat Temenggung; jawatan Sultan diwarisi secara turun-temurun dan mempunyai
kuasa mutlak. Perkara-perkara ini diterima oleh rakyat tanpa ragu-ragu, rakyat
pula bertanggungjawab untuk taat setia kepada pemerintah

KESIMPULAN

Adat, peraturan dan undang-undang menjamin kesejahteraan hidup masyarakat secara keseluruhannya.
Jika semua lapisan masyarakat tahu dan sedar akan hak dan tanggungjawab mereka, maka keamanan dan kemakmuran hidup antara anggota masyarakat akan terjamin dan berkekalan.