? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?
Semoga blog ini menjadikan kita warganegara yang patriotik dan sayangkan negara tercinta iaitu MALAYSIA khususnya calon stpm dan peminat sejarah GAMBATTE KU DASAI JA NE SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR BATIN


Friday, May 21, 2010

“Pihak British telah memperkenalkan pembaharuan di Tanah Melayu pada tahun 1874 hingga 1930. Pembaharuan-pembaharuan ini telah mengakibatkan rasa tida


Pengenalan

Campurtangan British di NNM bermula dengan termetrainya Perjanjian Pangkor 1874. Pihak British menjalankan pembaharuan yang bertentangan dengan nilai-nilai tradisi dan adat tempatan. Oleh itu terdapat penentangan akibat rasa tidak puas hati rakyat antaranya penentangan di Perak 1875, Kebangkitan Pahang 1891-1895, Kebangkitan Tok Janggut 1815 dan Kebangkitan Abdul Rahman Limbong 1922-1928.



1. British memperkenalkan Sistem Residen atau Penasihat
kedudukan Sultan dan pembesar masih dikekalkan tetapi mesti menerima nasihat Residen dalam semua hal kecuali Agama Islam dan adat istiadat Melayu



2. Satu pembaharuan penting ialah sistem pungutan cukai secara berpusat
Ia dikelolakan oleh pegawai Eropah – bercanggah dengan tradisi dan adat tempatan – menafikan hak Sultan dan pembesar ,sebagai contoh perubahan yang dilakukan oleh Birch di Perak menjejaskan kedudukan Sultan Abdullah dan pembesar-pembesar, sesiapa yang memungut cukai akan didenda – pendapatan pembesar terjejas.



Di Pahang misalnya kekuasaan tradisi Dato’ Bahaman tergugat apabila beliau pernah diberi amaran kerana memungut cukai di kawasan Semantan.
Beliau diberi elaun tahunan sebanyak $840.00 yang lebih rendah daripada pendapatan asal dan beliau meminta elaun ini dinaikkan ,permintaannya ditolak

3. Pengenalan berbagai-bagai jenis cukai
Cukai-cukai ini membebankan rakyat. Contoh di Pasir Puteh, Kelantan semua tanah dikenakan cukai termasuk cukai sirih sebanyak 5 sen sejunjung, lembu kerbau 20 sen seekor setahun. Undang-undang Hasil Padi 1905 juga membenankan rakyat.
Di Perak ,cukai perahu diperkenalkan , di Terengganu 1920 pas kerajaan atau surat kebenaran membuka tanah diperkenalkan



4. Perubahan pentadbiran
Dari segi pentadbiran pula, Sultan langsung tidak dibenarkan mengambil bahagian aktif dalam kerajaan.Sebelum 1874 Sultan mengeluarkan surat tauliah pelantikan pembesar, tetapi selepas 1874 fungsi ini tiada lagi.
Selain dari itu pembesar daerah tidak lagi berkuasa menjalankan perbicaraan dan tidak dibenarkan menyimpan hamba serta mengerah tenaga rakyat untuk kepentingan peribadi. Ini menunjukkan campurtangan British dalam adat resam masyarakat tempatan
Contohnya campurtangan Birch dalam adat perhambaan

apabila beliau menamatkan amalan perhambaan tanpa memberi gantirugi kepada pembesar
Kuasa pembesar-pembesar dearah diambilalih oleh Pegawai Daerah seperti dalam hal ehwal kutipan hasil, pentadbiran kehakiman, penempatan tanah,amalan ke atas penghulu dan pengawasan kegiatan jabatan kerajaan. Walaupun dikekalkan tetapi mereka tidak mempunyai sebarang kewibawaan dan hanya digelar Majistret Tempatan.

Di Pahang, Residen J.P Rodger membahagikan Pahang kepada beberapa dearah ataupun jajahan di bawah pentabiran hakim dan pemungut hasil. Contoh, Pekan di bawah pentabiran F. Belfield, Kuantan di bawah pentabiran A.H. Wallm dan Temerloh di bawah pentadbiran E.A. Wise. Pembahagian ini menjadikan peranan, kedudukan dan kewibawaan tradisi pembesar dearah tergugat.

Hakim dan majistret British mengambilalih peranan sultan dan pembesar dalam mengadili kes-kes jenayah dan sivil di daerah mereka. Sistem kehakiman digubal berdasarkan undang--undang jenayah British dengan keputusan muktamad terletak di tangan majistret dan residen.

Sultan dan pembesar dearah dilarang menjalankan sistem kerah bagi urusan peribadi.



Kesimpulan

Boleh dikatakan bahawa pembaharuan-pembaharuan yang dilaksanakan oleh British jelas menimbulkan perasaan tidak puas hati masyarakat tempatan. Pembaharuan ini melemahkan sistem pentadbiran masyarakat Melayu tradisional. Kedudukan British terlalu berpengaruh dalam urusan pentabdiran sehingga kuasa raja-raja dan pembesar-pembesar Melayu semakin lemah dan nilai-nilai tradisi serta adat masyarakat peribumi tergugat.