? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?
Semoga blog ini menjadikan kita warganegara yang patriotik dan sayangkan negara tercinta iaitu MALAYSIA khususnya calon stpm dan peminat sejarah GAMBATTE KU DASAI JA NE SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR BATIN


Friday, July 17, 2009

REAKSI TERHADAP PEMBENTUKAN MALAYSIA



REAKSI LUAR NEGERI

1. INDONESIA
a. Berpendapat pembentukan Malaysia sebagai satu bentuk “neokolonialisme” yang
mengancam Indonesia
b. Dasar Konfrontasi diisytiharkan (20 Jan 1963) dengan slogan “GANYANG MALAYSIA”
Berakhir apabila Jeneral Soeharto merampas kuasa pada September 196
c. Ogos 1966, Konfrontasi Indonesia berakhir




GAMBAR AKU ANAK MALAYSIA

2. FILIPINA




a. Presiden Macapagal menuntut Sabah secara rasmi pada Jun 1962
b. Beranggapan Sabah sebahagian Kesultanan Sulu
c. 1946, SBUB menyerahkan Sabah kepada British.
d. Jun 1966, Filipina mengiktiraf penubuhan Malaysia melalui MAPHILINDO

REAKSI TERHADAP PEMBENTUKAN MALAYSIA


Reaksi Dalam Negeri
1. Persekutuan Tanah Melayu
a.Rakyat Persekutuan Tanah Melayu menyambut baik cadangan pembentukan Malaysia.
b.Menganggap ini satu usaha murni membantu dan memimpin negara-negara anggota.
c.UMNO bersetuju tetapi menolak penyertaan Singapura
d.PAS dan Barisan Sosialis mencadangkan agar idea ini dirunding dahulu.

2. Singapura
a. Mendapat sokongan Lee Kuan Yew dan partinya PAP.
b. Bimbang dengan pengaruh parti berhaluan kiri yang kuat.
c. Disember 1961 – Majlis Undangan N.Singapura luluskan usul ini.
d Mendapat tentangan Barisan Sosialis.

3.Sabah dan Sarawak
a. Parti Negara Sarawak (PANAS) parti pertama di Borneo yang menyokong penubuhan M’sia
b. Parti-parti lain yang menyokong:SNAP, BERJASA, SCA, PESAKA (Parti Perikatan Sarawak)
c. Di Sabah, Parti Perikatan Sabah (UNKO, USNO, Parti Pasok Momugan, Parti Bersatu dan Parti Demokratik) menyokong pembentukan Malaysia

4. Brunei
a. Sultan Omar Ali Saifuddin menyokong gagasan penubuhan Malaysia.
b. Parti Rakyat Brunei pimpinan A.M.Azahari menentang gagasan ini.
Anggap gagasan ini sebagai “neokolonialisme”
c. Mendapat bantuan Filipina dan Indonesia menentang gagasan Malaysia (Pemberontakan Brunei) tetapi dapat dipatahkan oleh tentera British.

Monday, July 6, 2009

usaha-usaha yang diambil oleh kerajaan Tanah Melayu untuk mengatasi masalah darurat




Pengenalan
- 1948-1960 berlaku pemberontakan bersenjata PKM.
- Komunis telah membunuh 3 orang Eropah berhampiran Sungai Siput pada 16 Jun 1948.
- Sir Edward Gent mengisytiharkan darurat di Perak dan Johor pada 16 Jun 1948. 17 Jun 1948 seluruh T.Melayu di isytiharkan darurat.
- 23 Julai 1948 PKM diharamkan secara rasmi
- Kerajaan melancarkan beberapa langkah menentang komunis



Isi-isi penting



A. Usaha-usaha Kerajaan
1. Perisytiharan darurat 1948
- Untuk memberi kuasa luas kepada kerajaan untuk menangkap sesiapa yang disyaki terlibat dalam kegiatan subversive tanpa bicara.
- Langkah ini mempunyai kepentingan tersendiri kerana ramai ahli PKM dapat ditangkap serta merta.
- Peraturan perintah berkurung juga menghadkan pergerakan ahli PKM.
- Sekatan jalan raya.
- Memudahkan kerajaan menyekat dan mengawal pergerakan mereka
- Catuan makanan dapat mengelakkan bekalan makanan dan ubat ubatan jatuh ke tangan PKM.




- Keadaan ini menyababkan komunis sukar mendapat bekalan makanan /ubatan ,mengawal atau menyekat kesatuan sekerja.
- PKM menghasut kesatuan sekerja untuk melancarkan mogok di seluruh negara



2. Rancangan Briggs
Kampung baru
- Untuk menyekat bekalan makanan jatuh ke tangan min yuen
- Penempatan semula setinggan cina ke kampong-kampung baru
- Kampu ng-kampung dikawal bertujuan untuk memberi perlindungan daripada ancaman PKM menyebabkan hubungan Min Yuen dengan PKM terputus telah memaksa komunis keluar




Gerakan kelaparan
- Mengawal bekalan makanan daripada sampai ke tangan komunis
- Komunis mengalami kesukaran mendapatkan bekalan makanan

Penubuhan Jawatankuasa Kerja Perang.
- Meliputi peringkat negeri dan daerah.
- Bagi mewujudkan persefahaman yang erat antara kerajaan negeri dan persekutuan bagi menangani ancaman komunis.
- Langkah membanteras lebih berkesan.




3. Rancangan Templer
Ketenteraan
- Menaikkan semangat dan kekuatan ketenteraan
- Menambah kekuatan pasukan tentera dari 13 batolion askar British, gurkha, dan Melayu kepada 23 batolion termasuk dari Negara Komanwel.
- Penubuhan Home Guard
- Penambahan anggota polis dan mata-mata khas
- Langkah ini paling agresif melemahkan pasukan komunis




Pengenalan kawasan putih
- Merupakan kawasan bebas komunis
- Penguatkuasaan peraturan darurat dilonggarkan
- Menggalakkan tempat-tempat lain mengikut langkah ini
- Penduduk member sokongan kuat untuk memastikan kawasan mereka menjadi kawasan putih. Kawasan komunis masih aktif dianggap kawasan hitam dan dikenakan pelbagai sekatan.
- Langkah ini penting kerana maklumat yang diberikan penduduk memudahkan komunis ditangkap
- Kawasan putih pertama ialah di Melaka
Perang Psikologi
- Melonggarkan syarat kewarganegaraan
- Pemberian hadiah wang kepada yang Berjaya menangkap Chin Peng.
- Tawaran pengampunan beramai-ramai
- Membangunkan sosio ekonomi penduduk
- Menggalakkan perkembangan politik pelbagai kaum
- Pilihan raya majlis tempatan
- Kerajaan British membayangkan untuk memberi kemerdekaan
- Kempen bulan penduduk menentang komunis




4. Penggunaan Kad Pengenalan
- Kerajaan British mewajibkan setiap penduduk Tanah Melayu yang berumur 12 tahun ke atas supaya membuat kad pengenalan diri. Pelaksanaan sistem kad pengenalan telah memudahkan pasukan keselamatan mengenalpasti antara komunis dan bukan komunis.




B. Kesan-kesan
1. Kesan ekonomi
- Ekonomi di Tanah Melayu terjejas
- Sejumlah wang yang besar telah diperuntukkan untuk mewujudkan kampong baru
- Perintah berkurung menyebabkan urusan perdagangan tergendala dan pelabur-pelabur tidak berani melabur di tanah Melayu.
- Tindakan komunis mensabotaj kemudahan awam menyumbang kepada masalah kewangan British.



2. Kesan sosial
- Penderitaan rakyat- sering diganggu komunis, hidup dalam ketakutan, sering disiksa kerana undang-undang darurat menyebabkan ramai yang tidak bersalah ditangkap.
- Masalah perkauman-pasukan tentera yang dibentuk oleh kerajaan terdiri daripada orang Melayu.
- Pindaan syarat kewarganegaraan
- Pembentukan jawatankuasa perhubungan kaum bertujuan mengurangkan perselisihan kaum dan memelihara kerjasama antara kaum.
- Kekurangan makanan
- Wabak penyakit




3. Kesan politik
- Menggalakkan perkembangan politik pelbagai kaum
- Pilihan raya diadakan
- Kerajaan British membayangkan untuk memberi kemerdekaan
- PKM dan parti-parti radikal diharamkan




Kesimpulan - Langkah-langkah kerajaan mendorong rakyat menyokong kerajaan
- Pihak kerajaan Berjaya menghapuskan pemberontakan komunis
- Darurat telah diisytiharkan tamat secara rasmi pada 1960

Wednesday, June 24, 2009

ZAMAN PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU 1942-1945



Kesan-kesan politik, ekonomi dan sosial akibat daripada pendudukan Jepun di Tanah Melayu ( 1942 – 1945 )




Pendahuluan

Tanah Melayu mula diperintah oleh Jepun mulai akhir Disember 1941 hingga 12 September 1945. Pendudukan Jepun selama 31/2 tahun telah meninggalkan kesan amat mendalam kepada masyarakat di Tanah Melayu dari segi politik, ekonomi dan sosial.

Kesan Poliik

Menyemarakkan semangat nasionalisme,kemenangan Jepun yang begitu mudah telah menjatuhkan imej British di kalangan orang Melayu yang anti British.Pengalaman mentadbir semasa zaman pendudukan Jepun memberi peluang kepada orang Melayu untuk menjalankan urusan untuk menjalankan urusan pentadbiran yang tidak pernah diperolehi semasa pemerintahan British.




Orang Melayu menyangka Jepun akan memerintah Tanah Melayu lebih daripada British tetapi tanggapan mereka salah.kehidupan semakin sulit – timbul kesedaran nasib bangsa dan negara tetap sama selagi dijajah membangkitkan kesedaran politik apabila Jepun membenarkan dan bekerjasama dengan pemimpin Melayu menubuhkan parti politik untuk orang Melayu seperti KMM, PETA, KRIS




Kesan Ekonomi

Sumber ekonomi utama –pengeluaran bijih timah dan getah terhenti sama sekali
Dasar Bumi Hangus British menyebabkan Jepun yang mengambil alih lombong bijih timah tidak dapat beroperasi. Rakyat mengalami kebuluran kerana kekurangan makanan. Bekalan beras terpaksa diimport dari Thailand dan Burma.Jepun melancarkan kempen pertanian – rakyat dipaksa menanam tanaman makanan seperti ubi kayu, keledek dan keladi.



Kadar inflasi meningkat akibat kekurangan barang keperluan dan pengedaran wang kertas Jepun.Perusahaan tempatan yang ditubuhkan untuk menghasilkan barang keperluan tidak dapat diimport. Perusahaan yang besar dan penting diambil alih oleh syarikat Jepun. Orang ramai diwajibkan mendapatkan kupon dari Pejabat Kawalan Makanan.Petani dan nelayan dipaksa menjual hasil pertanian dan ikan kepada pembeli yang dilantik oleh Jepun.



Kesan Sosial

Perpindahan orang Cina ke kawasan pinggir hutan untuk mengelak kekejaman tentera Jepun.Permusuhan semakin menebal antara orang Melayu dengan orang Cina – cetus pergaduhan kaum.Orang Cina yang anti-Jepun menubuhkan MPAJA – bekerjasama dengan Force 136 yang memberi bekalan senjata dan latihan ketenteraan.



Tahap kesihatan rakyat merosot – terdedah kepada wabak penyakit. Banyak nyawa terkorban akibat penyakit malaria,beri-beri, taun dan kudis.Pembinaan jalan keretapi maut mengorbankan banyak nyawa.Dasar niponisasi Jepun memaksa rakyat Tanah Melayu menerima nilai-nilai bahasa dan kebudayaan Jepun – mengancam adat istiadat dan kebudayaan orang Melayu.



Kesimpulan

Pendudukan Jepun yang singkat telah mengubah keadaan sosial , politik dan ekonomi
Tanah Melayu.Pengalaman hidup di bawah pemerintahan tentera Jepun telah menyumbang kepada semaraknya semangat nasionalisme Melayu.Pengalaman mentadbir di bawah Jepun menyedarkan mereka supaya menjaga kepentingan tanah air seterusnya membawa kepada kesedaran untuk menuntut kemerdekaan.

DESENTRALISASI

Jelaskan sebab-sebab pengagihan kuasa pusat (desentralisasi) dan langkah-langkah ke arahnya di Negeri-negeri Melayu Bersekutu sehingga tahun 1939.

- Menurut L.A.Mills, desentralisasi didefinasikan sebagai “….. pemulangan Kuasa pentadbiran, perundangan dan kewangan secara berperingkat oleh kerajaan pusat
kepada kerajaan negeri. Pada masa yang sama juga, kerajaan pusat mengekalkan
kuasa yang cukup untuk menjaga keselarasan pentadbiran dan kestabilan kewangan”.

-Pembentukan Persekutuan 1896 telah mewujudkan satu sistem pemusatan kuasa yang
keterlaluan di tangan Residen Jeneral di Kuala Lumpur.
Semua hal-ehwal pentadbiran
ditadbirkan di bawah jabatan-jabatan Persekutuan di Kuala Lumpur.
- Dasar desentrlisasi disifatkan sebagai satu usaha untuk mengurangkan kuasa kerajaan
pusat dengan cara mengembalikan sebahagian daripada kuasa itu kepada kerajaan negeri.

Sebab-sebab Desentralisasi

1. Rasa tidak puas hati sultan -

Sultan-sultan telah kehilangan kuasa politik, kedudukan mereka seperti patung sahaja. Di samping itu juga Majlis Mesyuarat Negeri juga tidak mempunyai kuasa ke atas perbelanjaan awam, melantik, menukarkan atau memecat pegawai dan menetapkan gaji tanpa persetujuan daripada Residen Jeneral atau Gabenor.

2.Penyatuan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dengan Negeri-negeri Melayu Bersekutu.-

Hasrat Inggeris untuk menggabungkan Negeri-negeri Melayu Bersekut dengan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu di bawah satu unit pentadbiran. Raja-raja di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (Kedah, Kelantan,Terengganu dan Johor enggan menyertai persekutuan tersebut kerana Raja-raja bimbang dengan penyertaan mereka dalam persekutuan akan menyebabkan mereka akan kehilangan kuasa politik seperti apa yang terjadi kepada Raja-raja Negeri Melayu Bersekutu. Inggeris berharap dengan dasar desentralisasi akan dapat menarik Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu untuk menyertai persekutuan.

3. Kemelesetan ekonomi dunia tahun 1920-an - Bertujuan untuk memulihkan keadaan kewangan yang merosot di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Keadaan ini bertambah meruncing apabila harga getah dan bijih timah jatuh sehingga membawa kepada berlakunya krisis kewangan pada tahun-tahun 1921-1923.

4. Di samping itu kerajaan Inggeris juga terlalu boros membelanjakan wang dengan membayar gaji yang tinggi kepada para pegawai Inggeris. Dengan pengagihan kuasa kepada negeri-negeri masing-masing maka perbelanjaan kerajaan pusat akan berkurangan kerana pentadbir-pentadbir yang berkhidmat dalam sesebuah negeri itu akan dibiayai oleh kerajaan negeri sendiri.

4. Perebutan kuasa antara Rasiden Jeneral dengan Pesuruhjaya Tinggi. – Sir
Lawrence Guillemard (Persurujaya Tinggi) dengan Sir George Maxwell
(Rasiden Jeneral) telah membantut pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Pengagihan kuasa kerajaan Persekutuan kepada kerajaan-kerajaan negeri akan dapat mengurangkan kuasa Rasiden Jeneral .

5. Sokongan orang Melayu untuk mengimbangi sikap anti-Inggeris. - Bertujuan
Untuk menyekat kegiatan politik yang bersikap anti-Eropah di kalangan orang-orang Cina yang begitu meluas. Pelaksanaan desentralisasi akan dapat mengimbangkan kedudukan orang-orang Cina dengan orang-orang Melayu.

Sunday, May 17, 2009

peranan adat, undang-undang dan peraturan dalam masyarakat Melayu tradisional pada abad ke-19.



Adat menjadi pegangan masyarakat Melayu tradisional.Segala bentuk Undang-undang bersumberkan daripada adat.Undang-undang terbahagi kepada tiga jenis iaitu undang-undang bertulis , tidak bertulis dan undang-undang Islam. Undang-undang tidak bertulis terbahagi kepada dua iaitu Adat Perpatih dan Adat Temenggung.




Undang-undang lisan disebut sebagai hukum adat. Adat ialah peraturan yang diamalkan dalam sesuatu masy. secara turun-temurun sehingga akhirnya berubah menjadi hukum yang harus dipatuhi. Di Tanah Melayu Hukum Adat berdasarkan dua sumber iaitu resam / adat turun-temurun dan hukum syarak (Hukum Islam)




Peranan adat, peraturan dan undang-undang.

1.Menjamin keamanan, keharmonian, kesejahteraan dan keselamatan dalam masyarakat.
2.Mengawal tingkah laku manusia dan mengeratkan persaudaraan.
3.Menentukan hak seseorang dalam masyarakat terutamanya harta warisan terjamin.
4.Menjamin kedudukan raja dan pembesar dan membentuk pemerintahan yang adil dan
saksama.
5.Semua anggota masy mesti mematuhi dan mengamalkan adat. Sesiapa ingkar dikenakan
hukuman.
6.Dijadikan garis panduan untuk melakukan sesuatu perkara
7.Masyarakat sedar batas-batas mereka sebagai rakyat; keamanan dan kesejahteraan akan
terjamin

Penting mematuhi undang-undang dan adat dalam kehidupan seharian. Pepatah Melayu “biar mati anak jangan mati adat” Penting untuk membentuk ikatan erat antara anggota masy. adat dan peraturan sebagai peraturan hidup bermasyarakat. Amalkan konsep gotong-royong dan kerjasama seperti menuai atau merayakan sesuatu majlis seperti perkahwinan. Anggota masyrakat akan sedar tugas dan tanggungjawab masing-masing; masy. akan harmoni dan sejahtera. Ikatan erat juga digambar melalui sikap tolong-menolong,bermuafakat dan tolak ansur seperti amalan masyarakat Minangkabau dalam Adat Perpatih.



Adat juga dapat membentuk keperibadian sesebuah masyarakat dari segi politik, ekonomi dan sosial.contohnya dalam masyarakat yg amalkan adat perpatih, mereka lebih mementingkan wanita dalam soal pembahagian harta pusaka dan nasab keturunan, manakala dalam Adat Temenggung, kaum lelaki diutamakan dalam pelbagai hal.
Untuk menjaga dan mengukuhkan kedudukan golongan pemerintah iaitu raja dan pembesar.
Dengan adanya undan-undang, raja dapat mengukuhkan kedudukannya kerana rakyat tidak berani mempersoalkan hak-hak keistimewaan raja.



Dapat menentukan hak dan tanggungjawab setiap anggota masyarakat.
Tanggungjawab dan hak setiap anggota masyarakat tidak boleh dipersoalkan kerana telah termaktub dalam undang-undang dan adat. Dalam Adat Temenggung; jawatan Sultan diwarisi secara turun-temurun dan mempunyai kuasa mutlak. Perkara-perkara ini diterima oleh rakyat tanpa ragu-ragu, rakyat pula bertanggungjawab untuk taat setia kepada pemerintah.


Jelas bahawa adat, peraturan dan undang-undang penting untuk menjamin kesejahteraan hidup masyarakat secara keseluruhannya.Jika semua lapisan masyarakat tahu dan sedar akan hak dan tanggungjawab mereka, maka keamanan dan kemakmuran hidup antara anggota masyarakat akan terjamin dan berkekalan.

Monday, May 4, 2009

Perkembangan sejarah yang membawa kepada kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957.



Gerakan nasionalisme yang telah berlangsung sejak era sebelum perang telah diteruskan pada zaman Jepun dan selepas perang.
Tuntutan, desakan dan tentangan orang Melayu dan diikuti dengan kompromi yang diberikan oleh orang asing iaitu Cina dan India telah membolehkan British tidak mempunyai pilihan selain daripada memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957



Pendudukan Jepun telah menjadi satu teladan kepada pejuang-pejuang bangsa untuk berusaha memerdekakan Tanah Melayu.
Di dorong juga oleh peristiwa-peristiwa di negara-negara jiran seperti Indonesia yang telah menyemarakkan semangat orang Melayu.
Sebaik Jepun menyerah kalah, British kembali ke Tanah Melayu dengan British Military Administration (BMA) iaitu pemerintahan tentera bercorak sementara sebelum satu sistem pentadbiran yang lain diwujudkan di Tanah Melayu.



Berikutan perundangan-perundangan yang dilakukan di London, Unit Perancangan Tanah Melayu telah ditubuhkan dan mengumumkan Malayan Union.
Rancangan ini diumumkan oleh Setiausaha Tanah Jajahan , George Hall pada 10 Oktober 1942 dan utusan khas bagi memperoleh pendapat dan tandatangan raja-raja Melayu iaitu Sir Harold Mac-Micheal telah dihantar ke Tanah Melayu.
Orang Melayu menentang penubuhan MU, demonstrasi dianjurkan secara besar-besaran.



Tentangan orang Melayu telah menyebabkan British mengemukakan idea Persekutuan Tanah Melayu (PTM ) yang dilancarkan pada tahun 1948.
Pada 1951, kerajaan British memperkenalkan Sistem Ahli dalam Majlis Mesyuarat
Kerja Persekutuan dan ahli-ahli ini diberi taraf menteri. Antaranya ialah Dato’ Onn
Jaafar yang memegang jawatan ahli hal ehwal dalam negeri, Dato’ E.E.C Thuraisingham – ahli pelajaran dan sebagainya. Sebagai memberi latihan kepada orang tempatan untuk memerintah negara sendiri.

1951 pilihanraya Majlis Perbandaran Pulau Pinang diadakan untuk memilih wakil.
Diikuti pilihanraya Umum yang membabitkan parti Perikatan yang terdiri daripada UMNO,MIC,MCA,Parti Negara dan Pas. Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi.
Pilihanraya 1955 membawa kepada rundingan kearah kemerdekaan antara Parti Perikatan dengan British.

Suruhanjaya Reid dibentuk pada 1955 bagi mengesyorkan pembentukan satu Perlembagaan Persekutuan berdasarkan demokrasi berparlimen.
Januari 1956, rombongan 8 orang wakil berangkat ke London dalam misi mendapatkan kemerdekaan.
British setuju memberikan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan pengumuman secara rasmi telah dilaungkan oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka




KESIMPULAN
Kemerdekaan yang dicapai pada Ogos 1957 bukanlah satu proses yang mudah untuk dicapai.
Matlamat kemerdekaan itu hanya dapat dicapai setelah melalui satu proses yang sangat panjang