
PENGENALAN
- Selepas merdeka, sistem pemerintahan bercorak demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan.
- Pemilihan kerajaan berdasarkan pilihan majoriti rakyat melalui pilihanraya yang diadakan lima tahun sekali.
- Pentadbiran Malaysia merangkumi tiga badan yang diketuai oleh YDP Agong iaitu Badan Eksekutif, Badan Perundangan dan Badan Kehakiman.
ISI
- Badan Perundangan adalah institusi yang bertanggunjawab menggubal rang undang-undang.
- Terdiri daripada 3 peringkat iaitu :
a. Peringkat persekutuan - Parlimen
b. Peringkat Negeri – Dewan Undangan Negeri (DUN)
c. Peringkat Kerajaan Tempatan – Majlis Perbandaran
A. PERINGKAT PERSEKUTUAN
i. Dewan Negara
- Membahaskan undang-undang
- Membuat pindaan atas undang-undang tetapi boleh meminta Dewan Rakyat membetulkan semula undang2 tersebut.
- Ahli Dewan Negara terdiri daripada 69 Ahli dikenali sebagai Senator yang memainkan peranan dan tanggungjawab membentang dan membahaskan rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat bagi tempoh selama 3 tahun.
ii. Dewan Rakyat
- Dewan Rakyat diwujudkan selepas pilihanraya pada tahun 1959. Anggota Dewan Rakyat dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya umum seramai 219 orang mewakili semua kawasan pilihanraya Malaysia.
- Tempoh jawatan selama 5 tahun dan tamat apabila parlimen dibubarkan oleh YDPA yang diikuti oleh satu pilihanraya umum untuk memilih ahli yang baru.
- Ahli hilang kelayakan jika memenuhi antara syarat berikut:
a. Tidak sempurna akal
b. Muflis
c. Disabit satu kesalahan jenayah dan dihukum penjara tidak kurang daripada 1 tahun.
- Jika berlaku kekosongan disebabkan perletakn jawatan, kematian atau hilang kelayakan maka perlu diisi dalm tempoh 60 hari di Semenanjung Malaysia dan 90 hari di Sabah dan Sarwak.
- Yang Dipertua Dewan Rakyat dipilih dalam kalangan anggota Dewan atau Bukan anggota Dewan.
- Tugas Dewan Rakyat membincangkan cadangan rang undang-undang kecuali berkaitan kewangan boleh dimulakan sama ada di Dewan Rakyat atau Dewan Negara.
B. PERINGKAT NEGERI
- Ketua Eksekutif terletak pada Sultan atau Raja atau YDPertuan Besar atau Yang Dipertua Negeri mengikut perlembagaan negeri masing-masing.
- Ketua pentadbiran negeri dibantu oleh seorang Timbalan dan beberapa EXCO.
- Menteri Besar atau Ketua Menteri dan Ahli Majlis Mesyuarat bertindak sebagai pembuat dasar pentadbiran dan tertakluk kepada senarai negeri dan senarai bersama yang diperuntukkan oleh Perlembagaan.
- Pentadbiran meliputi tanggung jawab tentang hal ehwal tanah dan galian, air, agama dan pertanian.
- Dasar dibentuk oleh DUN dipertenggungjawab kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri untuk selaraskannya dan diperturunkan kepada Pejabat Daerah.
- Di peringkat daerah diketuai oleh Pegawai Daerah dan dibantu oleh beberapa orang penolong. Di Kelantan daerah dikenali sebagai jajahan.
- Di Sarawak diketuai oleh Ketua Menteri dan dibantu oleh seorang Timbalan dan beberapa ahli Majlis Tertinggi yang dibahagikan kepada bahagian ( residen), daerah (pegawai daerah), daerah kecil (Pegawai Anak Negeri dan kampung (penghulu).
- Di Sabah terbahagi dua peringkat pentadbiran iaitu Daerah dan Kampung dibantu oleh Ketua Anak Negeri
C. PERINGKAT KERAJAAN TEMPATAN
- Mengandungi Majlis Daerah, Majlis Perbandaran dan Dewan Bandaraya.
- Fungsi utama untuk pembangunan sosioekonomi di kawasan pekan atau daerah tertentu sahaja.
- Mempunyai kuasa membuat undang2 kecil tempatan dan menguruskan kutipan cukai dan sewa.
- Pentadbiran terdiri drpd dua majlis iaitu Majlis Perbandaran (penduduk melebihi 100,000 orang) dan Majlis Daerah (penduduk kurang 100,000 orang). Bandaraya diketuai oleh Datuk Bandar.
- Mempunyai kuasa autonomi seperti membentuk undang-undang kecil sendiri, melantik penguatkuasa dan uruskan sumber kewangan.
- Sabah dibahagi kepada daerah dan kampung. Setiap daerah ditadbir oleh seorang pegawai daerah dan dibantu Ketua Anak Negeri. Peringkat kampung – Ketua kampung digelar orang tua.
- Sarawak dibahagi kepada beberapa bahagian, iaitu daerah, daerah kecil dan kampung. Setiap bahagian diketuai oleh residen. Di kampung ditadbir oleh Penghulu.
- Badan pentadbiran yang kedua Badan Eksekutif yang terbahagi kepada :
i. Kabinet
ii. Kementerian, Jabatan dan Badan Kerajaan
- Kabinet atau jemaah menteri merupakan Badan pembuat dasar tertinggi Negara.
- Tugas utama ialah menggubal dasar-dasar kerajaan dan memberi arahan kepada jentera kerajaan di peringkat persekutuan.
- Kabinet diketuai seorang Perdana Menteri .
- Anggota kabinet dilantik dalam kalangan Ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negara tetapi Perdana Menteri mestilah Ahli Dewan Rakyat. Tugas Perdana Menteri ialah mengetuai kabinet, memimpin kerajaan, dan menjalankan pentadbiran serta menggubal dasar kerajaan.
- PM juga melantik Timbalan menteri, menteri-menteri, timbalan-timbalan menteri dan setiausaha-setiausaha parlimen.
- Kabinet bermesyuarat biasanya sekali dalam seminggu. Keputusan dibuat secara perundingan dan persetujuan bersama.Setiausaha tetap kepada Jabatan Perdana MEnteri bertindak sebagai KEtua Sekretariat Kabinet. Tugasnya memanggil mesyuarat kabinet , menyimpan minit mesyuarat dan menyampaikan keputusan kabinet kepada badan-badan kerajaan yang diarhkan melaksanakan keputusan itu.
- Di peringkat kementerian, jabatan dan badan kerajaan melaksanakan tugas eksekutif kerajaan persekutuan. Bilangan berubah dari masa ke semasa.
- Setiap kementerian diketuai oleh Menteri, dan dibantu oleh Timbalan dan Setiausaha Parlimen.
- Terdapat menteri yang tidak mengetuai mana-mana kementerian dikenali sebagai Menteri Tidak Berportfolio.
- Terdapat juga Badan Berkanun dan Agensi kerajaan dibawah kawalan kementerian tertentu.
- Badan berkanun merupakan agensi separuh kerajaan yg ditubuh untuk membolehkan kerajaan bergiat dalam pembangunan sosioekonomi. Badan ini mempunyai kuasa autonomi dalam peruntukan kewangan. Contohnya MARA, MIDA, RISDA dan RRIM.
- Pegawai tertinggi dalam perkhidmatan awam dan menjadi setiusaha kepada Jemaah Menteri ialah Ketua Setiausaha Negara. Beliau ialah ketua kepada semua kakitangan dalam perkhidmatan awam.
- Jabatan kerajaan pula diketuai oleh Ketua Pengarah dan badan berkanun diketuai oleh seorang Pengerusi.
- Badan pentadbiran yang ketiga ialah Badan Kehakiman yang bertanggungjawab menjalankan kuasa-kuasa kehakiman di Negara ini.
- Perlembagaan persekutuan memperuntukkan kuasa membicara dan menyelesaikan pertikaian serta membicara dan menghukum pesalah berada di bawah kuasa Badan ini yang dilaksanakan oleh mahkamah.
- Kuasa kehakiman terletak kepada dua mahkamah Tinggi dan beberapa Mahkamah Rendah.
- Mahkamah Tinggi ialah Mahkamah Tinggi Tanah Melayu (Semenanjung Malaysia) dan Mahkamah Tinggi Borneo (Sabah dan Sarawak).
- Mahkamah Agong merupakan mahkamah tertinggi.
- Ketua Badan Kehakiman ialah Ketua Hakim Negara. Bidang kuasa merangkumi bidang perundangan dan Eksekutif iaitu :
a. Kuasa mentafsir kuasa dan undang-undang
b. Kuasa mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah di sisi undang-undang.
c. Kuasa mengisytiharkan sesuatu undang2 persekutuan dan negeri tidak sah dan batal.
- Perlembagaan persekutuan telah menetapkan peraturan bagi membentuk system kehakiman sebagai sebuah badan yg bebas bagi membolehkan mahkamah menjalankan tugas den gan adil dan saksama.
- Hal ini menjadikan hakim dilantik oleh YDPA melalui nasihat PM dengan mendapatkan pandangan daripada Ketua Hakim Negara terlebih dahulu.
- Perlantikan hakim bagi Mahkamah Tinggi Borneo, beliau perlu meminta pandangan daripada Ketua Menteri Sabah dan Sarawak.
- Umur persaraan seorang halim ialah 65 tahun dan boleh dilanjutkan kepada tidak lebih daripada bulan selepas hakim itu mencapai umur 65 tahun.
- Sistem kehakiman di Malaysia terdiri daripada :
a. Mahkamah Atasan iaitu mahkamah Agung, Tinggi dan Rendah.
b. Mahkamah khas antaranya ialah Mahkamah Tentera, Syariah, Juvenil, Perusahaan , Mahkamah KHas Raja-raja, Mahkamah Bumiputera Sabah dan Sarawak dan Mahkamah Pengadilan Antarabangsa.
KESIMPULAN
- Sistem pentadbiran Malaysia selepas 1957 adalah melalui proses demokrasi. Perlembagaan digubal untuk menjaga kepentingan dan keistimewaan semua kaum.
- Prinsip-prinsip yang menentukan bentuk kerajaan yang didirikan dan kuasa yang boleh digunakan semuanya ditetapkan oleh Perlembagaan.
Wednesday, October 14, 2009
JELASKAN SISTEM PENTADBIRAN MALAYSIA SELEPAS MERDEKA
Posted by CITY CYBER at 3:10 AM 0 comments
Monday, September 28, 2009
GALURKAN PERKEMBANGAN SEJARAH YANG MEMBAWA KEPADA KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

Gerakan nasionalisme yang telah berlangsung sejak era sebelum perang telah diteruskan pada zaman Jepun dan selepas perang.Tuntutan, desakan dan tentangan orang Melayu dan diikuti dengan kompromi yang diberikan oleh orang asing iaitu Cina dan India telah membolehkan British tidak mempunyai pilihan selain daripada memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957
Pendudukan Jepun telah menjadi satu teladan kepada pejuang-pejuang bangsa untuk berusaha memerdekakan Tanah Melayu.Di dorong juga oleh peristiwa-peristiwa di negara-negara jiran seperti Indonesia yang telah menyemarakkan semangat orang Melayu.
Sebaik Jepun menyerah kalah, British kembali ke Tanah Melayu dengan British Military Administration (BMA) iaitu pemerintahan tentera bercorak sementara sebelum satu sistem pentadbiran yang lain diwujudkan di Tanah Melayu.Berikutan perundangan-perundangan yang dilakukan di London, Unit Perancangan Tanah Melayu telah ditubuhkan dan mengumumkan Malayan Union.
Rancangan ini diumumkan oleh Setiausaha Tanah Jajahan , George Hall pada 10 Oktober 1942 dan utusan khas bagi memperoleh pendapat dan tandatangan raja-raja Melayu iaitu Sir Harold Mac-Micheal telah dihantar ke Tanah Melayu.
Orang Melayu menentang penubuhan MU, demonstrasi dianjurkan secara besar-besaran.Tentangan orang Melayu telah menyebabkan British mengemukakan idea Persekutuan Tanah Melayu (PTM ) yang dilancarkan pada tahun 1948
Pada 1951, kerajaan British memperkenalkan Sistem Ahli dalam Majlis MesyuaratKerja Persekutuan dan ahli-ahli ini diberi taraf menteri. Antaranya ialah Dato’ OnnJaafar yang memegang jawatan ahli hal ehwal dalam negeri, Dato’ E.E.C Thuraisingham ahli pelajaran dan sebagainya. Sebagai memberi latihan kepada orang tempatan untuk memerintah negara sendiri.
1951 pilihanraya Majlis Perbandaran Pulau Pinang diadakan untuk memilih wakil.
Diikuti pilihanraya Umum yang membabitkan parti Perikatan yang terdiri daripada UMNO,MIC,MCA,Parti Negara dan Pas. Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi.
Pilihanraya 1955 membawa kepada rundingan kearah kemerdekaan antara Parti Perikatan dengan British.Suruhanjaya Reid dibentuk pada 1955 bagi mengesyorkan pembentukan satu Perlembagaan Persekutuan berdasarkan demokrasi berparlimen.
Januari 1956, rombongan 8 orang wakil berangkat ke London dalam misi mendapatkan kemerdekaan.British setuju memberikan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan pengumuman secara rasmi telah dilaungkan oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka
kesimpulannya
Kemerdekaan yang dicapai pada Ogos 1957 bukanlah satu proses yang mudah untuk dicapai.-Matlamat kemerdekaan itu hanya dapat dicapai setelah melalui satu proses yang sangat panjang.
Posted by CITY CYBER at 10:41 PM 0 comments
Tuesday, August 4, 2009
PERSEKUTUAN MALAYSIA

Malaysia ialah sebuah negara Persekutuan
Persekutuan bermaksud penyatuan beberapa buah negeri yang mempunyai sebuah kerajaan Persekutuan serta beberapa buah kerajaan Negeri
Persekutuan merupakan satu kaedah menyatupadukan pelbagai wilayah yang dahulunya wujud berasingan
PENGAGIHAN KUASA PENTADBIRAN MALAYSIA
1. SENARAI PERSEKUTUAN
A. hubungan luar
B. Pertahanan
C. Keselamatan dalam negeri
D. Pilihan raya
E. Kewangan
F. Perniagaan, perdagangan
G. Perkapalan, pelayaran
H. Jabatan ukur, penyelidikan
I. Pelajaran
J. Kesihatan
K. Orang asli
L. Keselamatan buruh dan sosial
2. SENARAI NEGERI
A. undang-undang Islam
B. Tanah
C. Pertanian dan perhutanan
D. Kerajaan tempatan
E. Perkhidmatan tempatan
F. Kerajaan negeri
G. Hari cuti negeri
H. Undang-undang negeri
3. SENARAI BERSAMA
A. kebajikan sosial-biasiswa
B. Taman Negara
C. Perancangan Bandar dan Wilayah
D. Penjagaan haiwan
E. Kesihatan dan kebersihan awam
F. Parit dan tali air
G. Pemulihan
H. Hiburan awam
I. perhubungan
KERAJAAN PERSEKUTUAN
I. mempunyai peruntukan yang luas
II. Bidang pentadbiran meliputi semua aspek : ekonomi, sosial, keselamatan dan pendidikan
III. Kuasa terletak pada Yang di-Pertuan Agong
IV. Jemaah Menteri diketuai oleh Perdana Menteri
KERAJAAN NEGERI
I. Setiap negeri diperuntukkan kuasa eksekutif
II. Kuasa terletak pada Raja/Sulta/Yang di-PertuaNegeri
III. Setiap negeri mempunyai Menteri Besar/Ketua Menteri
IV. Mempunyai EXCO yang terdiri dari : Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri
Posted by CITY CYBER at 7:59 PM 0 comments
Sunday, July 19, 2009
Pengisytiharan Darurat telah meninggalkan pelbagai kesan sosio-politik terhadap Tanah Melayu antara tahun 1948 hingga 1960.

Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, parti-parti politik mula ditubuhkan .
Pentadbiran Tentera Inggeris gagal memulihkan sosio-ekonomi rakyat yang menderita akibat kekejaman Jepun.PKM mengambil kesempatan untuk menguasai politik Tanah Melayu tetapi gagal, lalu bergerak secara militant.1948 PKM melancarkan revolusi bersenjata bagi menggulingkan pemerintahan Inggeris dan menubuhkan Republik Tanah Melayu.
Keganasan PKM memaksa Inggeris mengisytiharkan darurat untuk mematahkan pemberontakan komunis di Tanah Melayu.
1. KESAN POLITIK
Pengharaman PKM mengakibatkan sesiapa yang disyaki terlibat dalam kegiatan komunis di tangkap dan dipenjarakan tanpa pembicaraan
Pergerakan kesatuan Sekerja dikawal rapi supaya tidak mengadakan pakatan sulit dengan PKM dan bersubahat untuk mengadakan permogokan.
Inggeris bertindak keras terhadap parti politik berhaluan kiri yang terpengaruh dengan idea PKM.
Pemimpin politik berhaluan kiri diberkas dan dipenjarakan, pertubuhan mereka dibubarkan. Hanya parti politik sederhana dan pro-Inggeris dibenarkan bergerak seperti UMNO,MCA,MIC dan Parti Negara.
Kerajaan Inggeris mula mengambil langkah supaya Tanah Melayu mencapai status berkerajaan sendiri.
Pilihanraya diadakan di George Town (Disember 1951 ) dan Kuala Lumpur 1952.
2. KESAN SOSIAL
Rakyat mengalami tekanan hidup akibat kehilangan kebebasan bergerak kerana dikenakan perintah berkurung terutamanya kawasan yang masih terdapat ancaman komunis.
Kegiatan ekonomi terjejas dan pengeluaran hasil bumi terbantut akibat daripada orang ramai tidak mempunyai kebebasan untuk keluar mencari nafkah.
Dasar Bumi Hangus melumpuhkan ekonomi negara .
Sistem pengangkutan darat dihentikan akibat sekatan jalan raya di kawasan yang menjadi sarang komunis.
Keganasan komunis telah melumpuhkan rancangan kerajaan untuk memulihkan ekonomi negara.
Rakyat mengalami penderitaan dan kepahitan hidup – terpaksa mematuhi banyak peraturan keselamatan seperti arahan mewajibkan rakyat mendaftar dan mempunyai kad pengenalan.
Serangan Komunis keatas Balai polis Bukit Kepong
Keganasan komunis telah melumpuhkan rancangan kerajaan untuk memulihkan ekonomi negara.
Rakyat mengalami penderitaan dan kepahitan hidup – terpaksa mematuhi banyak peraturan keselamatan seperti arahan mewajibkan rakyat mendaftar dan mempunyai kad pengenalan.
Timbul masalah perkauman – peperangan menentang komunis dianggap sebagai peperangan orang Melayu dengan Cina kerana sebilangan besar ahli PKM terdiri daripada orang Cina sementara orang Melayu berkhidmat dalam pasukan bersenjata kerajaan.
Kerajaan mula memberi layanan terhadap beberapa tuntutan orang Cina terutama soal kerakyatan – bertujuan menarik mereka pro-kerajaan
Syarat kewarganegaraan dilonggarkan - kesannya 307,000 orang Cina diluluskan permohonan untuk menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu. Antara 1952 -1957 1.2 juta orang Cina mendapat kerakyatan.
Darurat jelas menyebabkan berlakunya banyak nyawa terkorban dan harta benda musnah akibat pengisytiharan darurat termasuklah pegawai Tinggi Inggeris Sir Henry Gurney.
Kerajaan menghabiskan sejumlah besar wang untuk membenteras kegiatan komunis contoh; antara 1948 -1955 kerajaan mengeluarkan $150 juta untuk menumpaskan pergerakan komunis.Pengenalan rancangan Briggs untuk mewujudkan kampung baru, penempatan semula setinggan menyebabkan kemudahan asas disalurkan ke kawasan tersebut. Ini menyebabkan orang Melayu yang banyak membantu kerajaan Inggeris melahirkan rasa tidak puas hati lalu menuntut pemulihan ekonomi.
Tawaran rundingan dengan PKM oleh Tunku Abdul Rahman di Baling menemui kegagalan.
PKM meneruskan perang gerila bagi membentuk sebuah republic komunis .
Pada masa yang sama kerajaan terus meningkatkan usaha membenteras pemberontakan komunis.Kegiatan komunis mulai merosot – darurat diisytiharkan tamat di seluruh negara pada 1960
Posted by CITY CYBER at 12:44 AM 0 comments
Saturday, July 18, 2009
British telah memperkenalkan pembaharuan politik dan ekonomi di Tanah Melayu pada tahun 1874 – 1930

GAMBAR DI ATAS MENUNJUKKAN PETA PULAU PANGKOR HARI INI
Pengenalan:
Campurtangan British di NNM bermula dengan termetrainya Perjanjian Pangkor 1874. Pihak British menjalankan pembaharuan yang bertentangan dengan nilai-nilai tradisi dan adapt tempatan. Oleh itu terdapat penentangan akibat rasa tidak puas hati rakyat antaranya penentangan di Perak 1875, Kebangkitan Pahang 1891-95, Kebangkitan Tok Janggut 1815 dan Kebangkitan Abdul Rahman Limbong 1922-28.
PERJANJIAN PANGKOR 1874
- British memperkenalkan Sistem Residen atau Penasihat- kedudukan Sultan dan pembesar masih dikekalkan tetapi mesti menerima nasihat Residen dalam semua hal kecuali Agama Islam dan adat istiadat Melayu.
- Satu pembaharuan penting ialah system pungutan cukai secara berpusat yang dikelolakan oleh pegawai Eropah – bercanggah dengan tradisi dan adat tempatan – menafikan hak Sultan dan pembesar ,sebagai contoh perubahan yang dilakukan oleh Birch di Perak menjejaskan kedudukan Sultan Abdullah dan pembesar-pembesar, sesiapa yang memungut cukai akan didenda – pendapatan pembesar terjejas.
GAMBAR SIR ANDREW CLARKE
- Di Pahang misalnya kekuasaan tradisi Dato’ Bahaman tergugat apabila beliau pernah diberi amaran kerana memungut cukai di kawasan Semantan.
- Beliau diberi elaun tahunan sebanyak $840.00 yang lebih rendah daripada pendapatan asal dan beliau meminta elaun ini dinaikkan ,permintaannya ditolak.
- Pengenalan berbagai-bagai jenis cukai juga membebankan rakyat. Contoh di Pasir Puteh, Kelantan semua tanah dikenakan cukai termasuk cukai sirih sebanyak 5 sen sejunjung, lembu kerbau 20 sen seekor setahun. Undang-undang Hasil Padi 1905 juga membenankan rakyat.
DIORAMA SUASANA PERJANJIAN PANGKOR
- Di Perak ,cukai perahu diperkenalkan , di Terengganu 1920 pas kerajaan atau surat kebenaran membuka tanah diperkenalkan.
- Dari segi pentadbiran pula, Sultan langsung tidak dibenarkan mengambil bahagian aktif dalam kerajaan.Sebelum 1874 Sultan mengeluarkan surat tauliah pelantikan pembesar, tetapi selepas 1874 fungsi ini tiada lagi.
GAMBAR RAJA ABDULLAH
- Selain dari itu pembesar daerah tidak lagi berkuasa menjalankan perbicaraan dan tidak dibenarkan menyimpan hamba serta mengerah tenaga rakyat untuk kepentingan peribadi. Ini menunjukkan campurtangan British dalam adat resam masyarakat tempatan. Contohnya campurtangan Birch dalam adat perhambaan. apabila beliau menamatkan amalan perhambaan tanpa memberi gantirugi kepada pembesar.
- Kuasa pembesar-pembesar dearah diambilalih oleh Pegawai Daerah seperti dalam hal ehwal kutipan hasil, pentadbiran kehakiman, penempatan tanah,amalan ke atas penghulu dan pengawasan kegiatan jabatan kerajaan. Walaupun dikekalkan tetapi mereka tidak mempunyai sebarang kewibawaan dan hanya digelar Majistret Tempatan.
- Di Pahang, Residen J.P Rodger membahagikan Pahang kepada beberapa dearah ataupun jajahan di bawah pentabiran hakim dan pemungut hasil. Contoh, Pekan di bawah pentabiran F. Belfield, Kuantan di bawah pentabiran A.H. Wallm dan Temerloh di bawah pentadbiran E.A. Wise. Pembahagian ini menjadikan peranan, kedudukan dan kewibawaan tradisi pembesar dearah tergugat.
- Hakim dan majistret British mengambilalih peranan sultan dan pembesar dalam mengadili kes-kes jenayah dan sivil di daerah mereka. Sistem kehakiman digubal berdasarkan undang--undang jenayah British dengan keputusan muktamad terletak di tangan majistret dan residen.
- Sultan dan pembesar dearah dilarang menjalankan sistem kerah bagi urusan peribadi.
Kesimpulan:
Boleh dikatakan bahawa pembaharuan-pembaharuan yang dilaksanakan oleh British jelas menimbulkan perasaan tidak puas hati masyarakat tempatan. Pembaharuan ini melemahkan sistem pentadbiran masyarakat Melayu tradisional. Kedudukan British terlalu berpengaruh dalam urusan pentabdiran sehingga kuasa raja-raja dan pembesar-pembesar Melayu semakin lemah dan nilai-nilai tradisi serta adat masyarakat peribumi tergugat.
Posted by CITY CYBER at 11:50 PM 0 comments
Friday, July 17, 2009
Langkah-Langkah Pembentukan Malaysia

Langkah-Langkah Pembentukan Malaysia
1.Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum
a.Ditubuhkan di Singapura pada Julai 1961
b.Dipengerusikan oleh Donald Stephens.
c.FUNGSI :
i. Berperanan menerangkan kepada orang ramai tentang gagasan Malaysia.
ii.Mengumpulkan pandangan penduduk
d.Menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan Malaysia
e.Februari 1962 – ahlinya bersepakat mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold.
2. Suruhanjaya Cobbold
Terdiri daripada 3 orang pegawai British iaitu
i.Lord Cobbold
ii.Sir Anthony Abell
ii.Sir David Watherston
2 orang rakyat tempatan:
i.Dato’ Wong Pow Nee
ii.Tan Sri Ghazali Shafie
Meninjau pendapat penduduk Sabah / Sarawak
Laporan Suruhanjaya Cobbold
1/3 penduduk Sabah & Sarawak menyokong gagasan Malaysia tanpa syarat
1/3 menyokong dengan syarat kepentingan mereka dilindungi
1/3 menginginkan kemerdekaan sebelum menyertai Malaysia
Cadangan Suruhanjaya Cobbold
i.Perlembagaan Malaysia yang baru berasaskan PTM1957.
ii.Sabah Dan Sarawak diber kuasa menentukan dasar imigresennya.
iii.B.Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
iv.Jaminan hak kaum bumiputera Sabah dan Sarawak.
v.Pemberian nama “Malaysia”
vi.Penentuan tarikh penubuhan Malaysia.
3.Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)
a. mula Ogos 1962
b. Terdiri daripada wakil T,Melayu, Sabah, Sarawak dan Britain.
c. Dipengerusikan oleh Lord Landsdowne, dibantu oleh Tun Abdul Razak.
d. Hasil kerjasama kerajaan PTM dan Parti Perikatan, Malaysia telah ditubuhkan pada 16 September 1963
Gambar Anak Malaysia
Posted by CITY CYBER at 9:44 PM 0 comments
REAKSI TERHADAP PEMBENTUKAN MALAYSIA

REAKSI LUAR NEGERI
1. INDONESIA
a. Berpendapat pembentukan Malaysia sebagai satu bentuk “neokolonialisme” yang
mengancam Indonesia
b. Dasar Konfrontasi diisytiharkan (20 Jan 1963) dengan slogan “GANYANG MALAYSIA”
Berakhir apabila Jeneral Soeharto merampas kuasa pada September 196
c. Ogos 1966, Konfrontasi Indonesia berakhir 
GAMBAR AKU ANAK MALAYSIA
2. FILIPINA
a. Presiden Macapagal menuntut Sabah secara rasmi pada Jun 1962
b. Beranggapan Sabah sebahagian Kesultanan Sulu
c. 1946, SBUB menyerahkan Sabah kepada British.
d. Jun 1966, Filipina mengiktiraf penubuhan Malaysia melalui MAPHILINDO
Posted by CITY CYBER at 9:34 PM 0 comments
