? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?
Semoga blog ini menjadikan kita warganegara yang patriotik dan sayangkan negara tercinta iaitu MALAYSIA khususnya calon stpm dan peminat sejarah GAMBATTE KU DASAI JA NE SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR BATIN


Wednesday, February 10, 2010

Huraikan bentuk pentadbiran masyarakat Melayu sebelum campur tangan British di Tanah Melayu.



Pentadbiran di Negeri-negeri Melayu sebelum campur tangan British dibahagikan kepada pentadbiran peringkat negeri, daerah dan kampung

A – Peringkat Negeri



Merupakan unit pentadbiran tertinggi dan terbesar
Kuasa tertinggi dipegang oleh sultan/ raja/ yang di Pertuan Besar
Sultan/ raja menjalankan pemerintahan dengan dibantu oleh pembesar-pembesar. Pembesar menjadi tulang belakang dalam menjalankan pentadbiran peringkat negeri. Pembesar diberi gelaran tertentu.Contohnya di Perak dibantu oleh Pembesar Berempat dan di Negeri Sembilan Yang Di Pertuan Besar dibantu oleh 4 orang Undang.

Sultan/raja dibantu oleh Raja Muda/Putera Mahkota
Perlantikan sultan/raja – sistem perwarisan takhta di kebanyakan negeri-negeri Melayu
Sistem penggantian bergilir di Perak
dilantik oleh Undang Berempat di N.S

Sultan/raja mempunyai daulat dan tulah. Rakyat yang menderhaka akan terkena
tulah..Diperkukuh dengan penggunaan bahasa dalam,warna, alat-alat kebesaran,
alat muzik dan cop mohor.

B – Peringkat Daerah



Unit pentadbiran yang kedua terbesar. Sesebuah negeri dibahagikan kepada beberapa buah daerah untuk memudahkan urusan pentadbiran
Daerah ditadbir oleh pembesar.Pembesar terbahagi kepada 2 golongan –
Pembesar yang bekerja dalam istana tetapi ada kawasan pegangan
Pembesar yang bekerja atau mentadbir daerah di luar istana. Mereka diberi surat tauliah oleh sultan dan merupakan individu yang paling taat setia kepada sultan/ raja - contoh – Long Jaafar ( Larut ).Dato’ Maharaja Lela ( Pasir Salak )

Tugas-tugas pembesar daerah

i.Memungut cukai dan menyerahkan sebahagian daripada cukai kepada pusat sebagai taat setia pembesar.
ii.Menyediakan tentera
iii. Menyediakan kerahan tenaga

Menjaga keamanan dan keselamatan masyarakat dalam daerahnya.
Mengadili dan menjatuhkan hukuman kecuali hukuman bunuh kepada yang melakukann jenayah.
Menjunjung duli atau mengadap raja pada Hari Raya.

4. pembesar mempunyai pengikut atau anak buah dari kalangan masyarakat yang tinggal di kawasannya.
Jumlah pengikut menentukan kedudukan dan pengaruh seseorang pembesar.

C – Peringkat Kampung



Unit pentadbiran paling kecil
Ditadbir oleh pembesar yang dilantik oleh sultan daripada kalangan keluarga baik-baik iaitu Penghulu atau Tok Kweng. Dianugerahkan surat tauliah oleh sultan.

Tugas-tugas penghulu

i. Memungut cukai
ii.Menjaga keamanan kampung
iii.Mengendalikan dan menyelesaikan masalah yang timbul
iv.Membekalkan tenaga tentera semasa peperangan
v. Mendapatkan tenaga buruh.
vi.Memastikan rakyat di kampungnya taat setia kepada Sultan.